Pages

Saturday, 12 April 2014

Alkesah Ako Jegem Carrot

Assalamualaikum...

Ih cuma alkesah ako jegem carrot. Wak no wak kesah in? Cuma bak bedengah ako suka tuteng anum carrot susu. Ala, wak in singen kah? Haha.. Bak timan angai sau post kaau in oii...

Bukan in singen, buyak ko suka tuteng anum carrot susu in, samapi penah nenak ko nyadin paswed emel ko sabei, tapi ajau ih ngak nendelete ko ngak email in haha.. Ceh... Weh, debei lah ako bak bedengah paswed ako eh. In cerita dana sabei.

Ajau nei ako keman carrot susu wak sibet ko debei. Buyak in lah ko menulis pasel carrot ih. Bei a dei teo keman ohw.... Rugi2. Selalu nyin buak2 wak nenak a jus. Dei mudah sayur bak nenak a jus. Idak vitamin A sau a.... Kak bak dei teo. Huhu

Ako bei kawak tan berhajat bak menaduk carrot ih. Tapi males lak tan. Niat singen bei tapi dei ngak jalan, kejan lah tan kan? Kejan tan oh.. Bak menaduk carrot ih? Lok da kah tubuk unyuk man bateng carrot wak idak lau nahak ko dagen peti? Ishh.. Naah la menggalieng gak tanak. Mun dei tubuk tan, kalik bei a bejajak bahah carrot oh.. Ehermm... Carrot in tenaduk man bahah kah? Kalik lah. Ko rasa kompom tan jegem jawapan ko. Hoho...

Naah lah ko menabau gak encik google, mesti nyin teo min min kan! Then, mun ko rajin tan, kenah ko menak post bhs melayu gei. Ih bak luyar ko adep singen iw, and a wak pahem lah. Hehe..

Oklah iw... On singen wak bak dengah ko. Tan idak angai tan unei, tapi buyak pilak cerita kungfu panda, jadin liluk min agei. Alah a lakei alu. Huh huh...

Wassalam.

Thursday, 10 April 2014

Projek Membuat Air Kacang Soya

Assalamualaikum...
 
Semalam, waktu saya ke pasar, terserempak la dengan cik kacang soya atas rak minta dibeli. Sekilo RM4 katanya. Memandangkan cuaca sekarang ni boleh tahan juga panasnya, elok dibuat air kacang soya buat minum hilangkan haus, boleh juga buat kita rasa kenyang. Bagus ni nak diet hahaha...
 
So, bermulalah projek membuat air kacang soya jam 2 petang tadi. Itupun nyaris terlupa nak merendam soya pagi tadi. Ada la dalam jam 9 pagi kot saya rendam kacang soya bagi kembang kembung.
 
Nak buat air soya ni tak la susah mana pun. Lain orang lain juga caranya, yang penting hasil akhir dia adalah air kacang soya. Dan proses pembuatannya haruslah bersih, suci dan murni. Cheewahhh~~~ Err.. Perlu ke erk saya kongsi resepi? Rasa cam dah berlambak dah resepi dia lau kita tanya Chef Google. Tapi takpa, buat note untuk diri sendiri, mana la tahu saya hilang ingatan ke nanti, tetiba taktahu nak buat, tetiba tak menjadi barang dibuat... Sediakan payung sebelum hujan ok.

Bahan:
-kacang soya (saya guna 500g tadi)
-gula secukup rasa (tadi guna 5 senduk)
-air (nanti cerita berapa banyak)
-daun pandan nak kasi wangi (saya tak guna pun sebab tak ada haha)

Cara nak buat:
1. Kacang soya hendaklah direndam semalaman or atlest 4jam camtu supaya kembang. Rendam biar banyak air.

2. Bila da kembang, kisar/ blender kacang soya. Saya guna nisbah 1 soya kepada 4 air. Kadang2 buat nisbah 1:3 hoho. Banyak kali ni giliran nak mengisar nak abiskan 500g kacang soya guna blender biasa. Sukatan air tu tak kisah kot. Banyak air, cair la air soya, sikit air, pekat la air soya kita. Tapi tadi saya buat elok je rasa cam soya dalam kotak kepekatannya. Amboii...

3. Air soya yang dikisar tu ditapis ke dalam bekas. Hampas tu cam sayang je kan, leh dikisar sekali lagi. Kali ni kurang sikit nisbah soya kepada air. Tak perlu banyak air can mula2 tadi. Tapis lagi airnya..

4. Then, masaklah air tapisan kacang soya tadi dalam periuk sampai mendidih. Kalau boleh tapis sekali lagi sebelum masuk periuk, mana lah tahu penapis tu ada lagi hampas sikit2 yang lolos dari tapisan pertama. Saya guna periuk kukus. Tu je periuk yg paling besar kat rumah saya. Separuh je pun air soya saya. Waktu memasak tu, kacau2 lah juga. Tadi saya sibuk mencuci alatan, tetiba terkeluar air soya dari periuk sikit time dia mendidih. Terus keluar larian pecut 100m. Opsss....

5. Pastu, tambah gula secukup rasa. Boleh juga ditambah kemudian di dalam jug. Saya nak juga tambah time tengah masak, hoho... Alamak terlupa nak tambah secubit garam tadi, kot2 nak keluarkan rasa dia lagi. Tapi takpa lah.. Lain kali je.. Dah jadi pun tadi. Opss.. Lagi satu, daun pandan kalau guna, masukkan bersama air soya waktu mula2 dimasak tadi. :)
6. Lastly, sejukkan dan boleh dihidang suam2 atau sejukkan lagi dalam peti sejuk. Urmmm.. Yummy2...
Hasil air kacang soya saya tadi cukup2 penuhkan jug 5 liter. Saya target 6 or 7 liter. LOL. Tapi cam saya cakap tadi, yang penting hasil akhirnya, air kacang soya yang sedap.
 
Alkesah saya waktu menapis tadi, saya tapis terus masuk periuk. Cam yakin sangat hampas tak lolos. Tapi ada juga yang terjatuh dari penapis. Then terpaksa la lepas air soya disejukkan sekejap lepas siap masak tu, ditapis semula. Banyak kerja jadinya. Adeh...
 
Ni nak citer pula versi lain. Adik saya guna versi ni. Take note...

Lepas blend kacang soya dengan air, terus tuang masuk periuk dengan hampas sekali. Ambik kau! Bila dah masak dah mendidih, sejukkan. Hampas tu akan duk bawah periuk kan, senang lagi kerja nak menapis. Cedok sikit2 air kacang soya masuk penapis, sampai part banyak hampas tu pandai2 la tapis dia camne... Bila semua dah masuk jug baru letak gula. Sama juga rasa dia. Jadi la air kacang soya.
 
Soya oh soya....

Itu sahaja part projek air kacang soya harini tadi. Dibuat minum petang. Lebihnya disimpan dalam botol di dalam peti sejuk nak buat minum esok lak. Hurmmmm...

Wassalam.

Post membersih sarang labah2 di blog

Assalamulaikum...

Dah lama meninggalkan dunia blogging. Bila tengok last post, pasal Pesta Kaul Mukah 2013. Dua minggu lagi Pesta Kaul Mukah 2014 pula. Hampir setahun dah ohw..

Tertanya-tanya gak, apa saya buat kat dunia blog ni. Saje join orang ke? Haha... Saya tak punya banyak story nak share kat orang. Saya tak juga orang banyak ilmu nak kongsi kat orang. Saya tak juga pemes dikenali orang untuk orang tahu alkesah dan catatan hidup. Nak melalut sorang ntah ada ke yang menyinggah? LOL. Ok2. Takde nak sharing2... Abis tu? Nak tulis diary? Amboiii.. Itu part mengada-ngada tahap bak timan namanya. Tak kuasa I.

Since this is a personal blog, bukan blog tech, bukan blog beauty tips, bukan blog gardening, parenting, cooking, crafting, and apa2 je lah, saya mungkin akan menulis benda yang saya suka pada masa itu, yang saya fikir elok dikongsi bersama dan bermanfaat. Jangan diikut sangat ayat sesetengah orang tu, "ini blog saya, sukati saya la nak taip per..." haha... Dasat kedahsyatan tu...

Melalut pula. Berbalik ke tujuan asal. Tujuan asal entry ni adalah untuk membersihkan sarang2 spider yang sudah meriah bertapak di sini. Adeh. Bukan buat comeback okay. Siapa la saya ni nak buat comeback segala... Bukan pemes pun haha... Ngade lol.

Memandangkan laptop dah tiada dan hanya bergantung pada phone yang tak berapa nak canggih ni untuk menjenguk dunia online, kalau saya rasa selesa dan pandai nak menulis, boleh la diteruskan. Cuma nak letak image ni ntah camne ntah. Nanti la try n error. Tu je kaedah nak belajar sendiri. Try and error. Hoho..

Sebelum lebih melalut dan menaikkan meter tahap mengada-ngada, baiklah kiranya saya berhenti di sini saja. Hoho..

Wassalam.

Monday, 29 April 2013

JALAN-JALAN PESTA KAUL MUKAH 2013

Assalamualaikum~ ❤

Pesta Kaul Mukah 2013 diadakan bermula 24 – 28 April 2013 di Pantai Kala Dana, Mukah dengan membawa tema ‘Tiada Seuniknya’. Pasta Kaul merupakan acara tahunan terbesar masyarakat Melanau, menandakan berakhirnya musim tengkujuh. Asal-usul Kaul? Pakcik Google banyak jawapannya~ hehehe

Seperti biasa, jika ada kesempatan, saya pasti akan bersama-sama menyibukkan diri untuk memeriahkan Pesta Kaul ini. Banyak pameran warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau diadakan pada kali ini. Saya paling suka masuk ke ruang Expo Warisan Melanau, sebab di dalam sana ruang berhawa dingin, di luar pula panas terik lagi berpeluh sehinggakan saya dapat cenderamata berupa ‘sunburn’ balik dari sana. :'(

Antara warna-warni Pesta Kaul Mukah yang saya tak malu tak segan nak rakam….

1. Serahang (Melanau: Seraheng)

Serahang
Gambar diambil di Expo Warisan Melanau, dapat keychain tau time tu. TQ. Serahang merupakan 'kepala hantaran' kepada 'ipok', yang dahulunya bertujuan untuk memujuk 'ipok' agar tidak mengganggu mereka mencari rezeki. Saya tidak terserempak pula dengan perarakan serahang ni. Salah timing datang. Hehe...

2. Tibow

Permainan Tibow

Tibow merupakan permainan tradisional masyarakat Melanau, dibina daripada bahan-bahan dari hutan tanpa menggunakan paku. Nampak macam buaian gergasi, seorang demi seorang melompat dari tangga untuk berpaut pada buaian tu.

Waktu saya jenguk tapak tibow ni, budak-budak je main. Cuaca dah la panas terik, lagipun orang ramai banyak berada di pentas utama menunggu ketibaan tetamu kehormat. Sekali snap je. Dalam hati saya kira berapa orang yang dapat berpaut, 6 orang saja yang dapat sebelum ada yang mengalah melompat turun ke tanah.

3. Pameran Adat Pertunangan dan Perkahwinan

Demonstrasi Adat Pertunangan


Kalau tak silap telinga saya mendengar, demonstrasi adat pertunangan dan perkahwinan ini merupakan untuk bangsa 9-pikul dalam hierarki masyarakat Melanau. Saya tak pernah lihat, nak tengok demonstrasi ni pun tak sempat. Gambar di atas menunjukkan mereka masih lagi bersedia nak memulakan demonstrasi, tapi menunggu pesta kaul dirasmikan dahulu. Huhu...

4. Pameran Perubatan Tradisional

Pameran Perubatan Tradisional : Belum
Saya lalu-lalu je tau! Tapi berhenti juga untuk menonton video orang 'berbayuh' mengubat pesakit. Gambar di atas dinamakan 'BELUM'. Mengikut pemahaman saya yang tak seberapa ini, 'Belum' diukir dari batang rumbia-rupanya menunjukkan ciri-ciri penyakit yang dihidapai pesakit untuk diubati. Kalau sakit perut, rupa belum akan pegang perut tengah sakit. Lebih kurang begitu......

5. Pameran Warisan Perikanan

Warisan Perikanan
Segala jenis pukat, jala dan alat-alat lain yang digunakan untuk memperoleh hasil laut ada dipamerkan di sini. Replika kapal tu, kalau dihias kat rumah cantik juga. Hehe.. Untuk pameran, bukan untuk dijual, ok. :D

6. Pameran Warisan Rumbia

memarut rumbia
Banyak stage nak hasilkan 'sei' dari rumbia
'SEI' yang dihasilkan
'masak' sagu di belanga
sagu - hasil akhir
Amboi, banyak sangat proses dia. Kalau nak buat kajian cara menghasilkan sagu dari rumbia, bagus sangat la tengok demonstrasi ni. Life tau! Kat tempat pameran ni, entah berapa banyak kali lalu... :D
7. Pameran Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional
 Ada bonus gambar peserta 'Teluwaih Jinih' berambis kat situ. Hehehe...

8. Persembahan Permainan Layang-Layang

Layang-layang

Dekat sini la saya mendapat cenderamata 'sunburn' tu. Teman adik saya tengok layang-layang spongebob dan ikan oren tu dinaikkan. Layang-layang yang lain tak tengok dah sebab panas terik. Lama juga spongebob dan ikan oren tu struggle nak terbang di awan, Gambar atas tu pun masih lagi belum terbang tinggi, naik sejengkal je saya ukur dari tempat duduk kat tembok masa tu. :)

9.Car & Bike Meet
Car Meet 2013

Salah timing lagi tengok Car and Bike Meet ni. Waktu saya sampai tempat ni, kereta-kereta baru je nak melapor diri dan mengambil tempat masing-masing. Saya malas nak tunggu, so snap 1,2,3 then terus pergi tempat lain pula.

10. Gerai Komuniti - Puyan Telou

Rasanya, setiap kampung ada buka gerai komuniti kat sini. Suka je tengok gerai-gerai komuniti ni dihias cantik, menyerlahkan seni kraftangan dan anyaman tradisional. Majoriti jika kita masuk dalam gerai ni, ada dijual produk-produk keluaran tempatan terutamanya produk dari kampung tersebut. Banyak kategori makanan, ada juga yang jual hasil tangan.


Wednesday, 3 April 2013

Pasti ada hikmah

Assalamualaikum... ♥

Just nak share satu qoute, penuh makna ni. Hehe.. Lama dah save dalam notepad, kalau saya x rajin nak menyelongkar dokumen lama yang dibaling sana sini je, memang tak akan terjumpa quote ni. Huhuhu...

I asked for Strength ……. And God gave me difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom…….. And God gave me problems to solve.
I asked for Prosperity….. And God gave me a brain and brawn to work.
I asked for Courage…….. And God gave me obstacles to overcome.
I asked for Love ……….. And God gave me troubled people to help.
I asked for Favors……..... And God gave me opportunities.

“I received nothing that I wanted….. But everything that I needed.”

Live life without fear, confront all obstacles and know you can overcome them.

Renung-renungkan lah.

(Tiba-tiba malas nak buat ulasan. Ada masa nanti update).

Sebelum tu, layan dulu lagu ni, Hikmah. Gerenti best lagu ni. :)




Good day,
Nourie Zeyha ♥

Thursday, 31 January 2013

Kiri dan Kanan dari Mukah ke Oya~~~


Suatu hari, perangai pelik tempat ke-10 muncul.  Sempat juga ambik mana-mana gambar di sepanjang perjalanan guna kamera handphone aku yang kokak ni. Kiri-kanan jalan dari Mukah ke Oya, bukannya hutan/semak/ladang sahaja. Bila dekat dengan jambatan, ada la perkampungannya. :) Start ambik gambar dah separuh dah perjalanan. Ermmm... Lambat nak terfikir benda ni sebenarnya. Jom tengok-tengok apa yang sempat diabadikan handphone saya ni~~~

1. Rumah / Hotel Burung :p
~Beberapa buah rumah burung, tempat burung walit membuat sarang dapat dilihat sepanjang perjalanan. Perusahaan ini masih baru lagi bertapak kat sekitar sini.

















2. Sekolah Rendah
~ Ni je sempat ambik gambar sekolah rendah dari jalan raya

3. Sempadan Daerah


4. Balau oh balau~ a.k.a rumbia



5. Pondok-pondok 
~ Kalau hari hujan, ramai je yang tumpang berteduh kalau perhentian bas tu agak jauh. Ada musim tu, kelihatan orang berjual buah.



6. Rumah hantu
~ Ni bukan rumah hantu, tapi tetap macam rumah hantu bila saya tengok. kui3 :p

7. Jambatan- ada apa di sungai tu~



p/s: ada gambar sesat lak. jalan belang-belang kuning... depan tu ada jambatan, betul-betul sebelum jambatan ada simpang empat. Bahaya tempat ni. banyak berlaku kemalangan. hurmmm

8. Pantai nun jauh di sana
~ dari kejauhan nampak juga pantainya. Kalau ikut jalan lama dulu, memang dah betul-betul tepi pantai. Baru nampak juga banyak rumah-rumah. Bila hutan kecil ni dibuka, baru nampak apa yang ada di sebalik. Hehe :D


p/s: alamak, tak nampak la pula~ menipu ke saya jap tadi? adoi~~~

9. Hutan Sekunder




10. Jalan Masuk ke ladang.
~Dalam banyak-banyak yang ada, satu ni je yang sempat kamera saya snap.



11. Dah Nak Sampai Oya
~ Mula-mula, mesti la nampak sign board, then bercabang dua pula jalan tu. Kalau terus/ ikut yang kanan akan lalu Kampung Hilir, kalau pasang signal dan masuk jalan di kiri, akan lalu sekolah. Guna jari pilih jalan : kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan! Ok ambik kanan~~~



 12. Ok, sampai dah
~Dah masuk kampung... but, where is my house? Jauh lagi la.... dan malu dah nak ambik gambar lagi bila dah masuk kampung. Kalau ada orang nampak, dia mungkin fikir 'giler ke ape dak tu?'.. Oh, no no no no.... Tutup kamera!



Lepas upload, nampak pula gambar ni senget. Adoi~~~ Saya ke kamera yang senget? Ataupan pandangan mata ni da tak betul? hish... Cakap je la amatur ambik memang macam tu... (-_-)

Ermm.. ermm.. ermmm... nak merepek apa lagi ea... Sepanjang lebih kurang 30 minit perjalanan, 30 minit juga panjang enti ni (masa manulis maksudku). huhu...

Wassalam~