Assalamualaikum...
Semalam, waktu saya ke pasar, terserempak la dengan cik kacang soya atas rak minta dibeli. Sekilo RM4 katanya. Memandangkan cuaca sekarang ni boleh tahan juga panasnya, elok dibuat air kacang soya buat minum hilangkan haus, boleh juga buat kita rasa kenyang. Bagus ni nak diet hahaha...
So, bermulalah projek membuat air kacang soya jam 2 petang tadi. Itupun nyaris terlupa nak merendam soya pagi tadi. Ada la dalam jam 9 pagi kot saya rendam kacang soya bagi kembang kembung.
Nak buat air soya ni tak la susah mana pun. Lain orang lain juga caranya, yang penting hasil akhir dia adalah air kacang soya. Dan proses pembuatannya haruslah bersih, suci dan murni. Cheewahhh~~~ Err.. Perlu ke erk saya kongsi resepi? Rasa cam dah berlambak dah resepi dia lau kita tanya Chef Google. Tapi takpa, buat note untuk diri sendiri, mana la tahu saya hilang ingatan ke nanti, tetiba taktahu nak buat, tetiba tak menjadi barang dibuat... Sediakan payung sebelum hujan ok.
Bahan:
-kacang soya (saya guna 500g tadi)
-gula secukup rasa (tadi guna 5 senduk)
-air (nanti cerita berapa banyak)
-daun pandan nak kasi wangi (saya tak guna pun sebab tak ada haha)
Cara nak buat:
1. Kacang soya hendaklah direndam semalaman or atlest 4jam camtu supaya kembang. Rendam biar banyak air.
2. Bila da kembang, kisar/ blender kacang soya. Saya guna nisbah 1 soya kepada 4 air. Kadang2 buat nisbah 1:3 hoho. Banyak kali ni giliran nak mengisar nak abiskan 500g kacang soya guna blender biasa. Sukatan air tu tak kisah kot. Banyak air, cair la air soya, sikit air, pekat la air soya kita. Tapi tadi saya buat elok je rasa cam soya dalam kotak kepekatannya. Amboii...
3. Air soya yang dikisar tu ditapis ke dalam bekas. Hampas tu cam sayang je kan, leh dikisar sekali lagi. Kali ni kurang sikit nisbah soya kepada air. Tak perlu banyak air can mula2 tadi. Tapis lagi airnya..
4. Then, masaklah air tapisan kacang soya tadi dalam periuk sampai mendidih. Kalau boleh tapis sekali lagi sebelum masuk periuk, mana lah tahu penapis tu ada lagi hampas sikit2 yang lolos dari tapisan pertama. Saya guna periuk kukus. Tu je periuk yg paling besar kat rumah saya. Separuh je pun air soya saya. Waktu memasak tu, kacau2 lah juga. Tadi saya sibuk mencuci alatan, tetiba terkeluar air soya dari periuk sikit time dia mendidih. Terus keluar larian pecut 100m. Opsss....
5. Pastu, tambah gula secukup rasa. Boleh juga ditambah kemudian di dalam jug. Saya nak juga tambah time tengah masak, hoho... Alamak terlupa nak tambah secubit garam tadi, kot2 nak keluarkan rasa dia lagi. Tapi takpa lah.. Lain kali je.. Dah jadi pun tadi. Opss.. Lagi satu, daun pandan kalau guna, masukkan bersama air soya waktu mula2 dimasak tadi. :)
6. Lastly, sejukkan dan boleh dihidang suam2 atau sejukkan lagi dalam peti sejuk. Urmmm.. Yummy2...
Hasil air kacang soya saya tadi cukup2 penuhkan jug 5 liter. Saya target 6 or 7 liter. LOL. Tapi cam saya cakap tadi, yang penting hasil akhirnya, air kacang soya yang sedap.
Alkesah saya waktu menapis tadi, saya tapis terus masuk periuk. Cam yakin sangat hampas tak lolos. Tapi ada juga yang terjatuh dari penapis. Then terpaksa la lepas air soya disejukkan sekejap lepas siap masak tu, ditapis semula. Banyak kerja jadinya. Adeh...
Ni nak citer pula versi lain. Adik saya guna versi ni. Take note...
Lepas blend kacang soya dengan air, terus tuang masuk periuk dengan hampas sekali. Ambik kau! Bila dah masak dah mendidih, sejukkan. Hampas tu akan duk bawah periuk kan, senang lagi kerja nak menapis. Cedok sikit2 air kacang soya masuk penapis, sampai part banyak hampas tu pandai2 la tapis dia camne... Bila semua dah masuk jug baru letak gula. Sama juga rasa dia. Jadi la air kacang soya.
Soya oh soya....
Itu sahaja part projek air kacang soya harini tadi. Dibuat minum petang. Lebihnya disimpan dalam botol di dalam peti sejuk nak buat minum esok lak. Hurmmmm...
Wassalam.
Nak tnyelh kan, ada beza ke klu soya yg direbus dan direndam?
ReplyDeleteApa beza antara soya yg direbus atau direndam?
ReplyDeleteSaya dh tau kesan dia,yg rendam akan lbih mudah diperah(kalau guna kain) n lbih pekat dan bnyk, tpi klu rebus akan jadi cair n sikit
ReplyDelete