Pages

Thursday, 31 January 2013

Kiri dan Kanan dari Mukah ke Oya~~~


Suatu hari, perangai pelik tempat ke-10 muncul.  Sempat juga ambik mana-mana gambar di sepanjang perjalanan guna kamera handphone aku yang kokak ni. Kiri-kanan jalan dari Mukah ke Oya, bukannya hutan/semak/ladang sahaja. Bila dekat dengan jambatan, ada la perkampungannya. :) Start ambik gambar dah separuh dah perjalanan. Ermmm... Lambat nak terfikir benda ni sebenarnya. Jom tengok-tengok apa yang sempat diabadikan handphone saya ni~~~

1. Rumah / Hotel Burung :p
~Beberapa buah rumah burung, tempat burung walit membuat sarang dapat dilihat sepanjang perjalanan. Perusahaan ini masih baru lagi bertapak kat sekitar sini.

















2. Sekolah Rendah
~ Ni je sempat ambik gambar sekolah rendah dari jalan raya

3. Sempadan Daerah


4. Balau oh balau~ a.k.a rumbia



5. Pondok-pondok 
~ Kalau hari hujan, ramai je yang tumpang berteduh kalau perhentian bas tu agak jauh. Ada musim tu, kelihatan orang berjual buah.



6. Rumah hantu
~ Ni bukan rumah hantu, tapi tetap macam rumah hantu bila saya tengok. kui3 :p

7. Jambatan- ada apa di sungai tu~



p/s: ada gambar sesat lak. jalan belang-belang kuning... depan tu ada jambatan, betul-betul sebelum jambatan ada simpang empat. Bahaya tempat ni. banyak berlaku kemalangan. hurmmm

8. Pantai nun jauh di sana
~ dari kejauhan nampak juga pantainya. Kalau ikut jalan lama dulu, memang dah betul-betul tepi pantai. Baru nampak juga banyak rumah-rumah. Bila hutan kecil ni dibuka, baru nampak apa yang ada di sebalik. Hehe :D


p/s: alamak, tak nampak la pula~ menipu ke saya jap tadi? adoi~~~

9. Hutan Sekunder




10. Jalan Masuk ke ladang.
~Dalam banyak-banyak yang ada, satu ni je yang sempat kamera saya snap.



11. Dah Nak Sampai Oya
~ Mula-mula, mesti la nampak sign board, then bercabang dua pula jalan tu. Kalau terus/ ikut yang kanan akan lalu Kampung Hilir, kalau pasang signal dan masuk jalan di kiri, akan lalu sekolah. Guna jari pilih jalan : kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan! Ok ambik kanan~~~



 12. Ok, sampai dah
~Dah masuk kampung... but, where is my house? Jauh lagi la.... dan malu dah nak ambik gambar lagi bila dah masuk kampung. Kalau ada orang nampak, dia mungkin fikir 'giler ke ape dak tu?'.. Oh, no no no no.... Tutup kamera!



Lepas upload, nampak pula gambar ni senget. Adoi~~~ Saya ke kamera yang senget? Ataupan pandangan mata ni da tak betul? hish... Cakap je la amatur ambik memang macam tu... (-_-)

Ermm.. ermm.. ermmm... nak merepek apa lagi ea... Sepanjang lebih kurang 30 minit perjalanan, 30 minit juga panjang enti ni (masa manulis maksudku). huhu...

Wassalam~

No comments:

Post a Comment