Pages

Tuesday, 25 September 2012

Vaseline: Beberapa Kegunaannya

Vaseline: Petroleum Jelly


Siapa yang tak kenal Vaseline : Petroleum Jelly ni kan? Saya selalu gunakan produk ini sebagai lip balm- sangat baik untuk melindungi bibir dari kekeringan. Tapi lama sangat la nak habiskan satu jar tu kalau sekadar diguna sebagai pelembap bibir ni. So, saya pergi la tanya pakcik Google dan jawapan yang diberikan oleh pakcik Google agak memuaskan juga. Menurut beberapa tempat yang pakcik Google suruh saya kunjungi, petroleum jelly ni bertindak seperti lapisan yang boleh menghalang lembapan di dalam kulit keluar dan juga menghalang kotoran/bakteria di luar masuk ke dalam kulit. Berikut adalah beberapa kegunaan Petroleum Jelly yang agak menarik perhatian saya:~


Penjagaan di Muka

1. Sebagai pelembap bibir. Boleh mengelakkan bibir dari kekeringan.

2. Menyihatkan bulu mata. Gosokkan petroleum jelly pada dua jari, kemudian sapukan pada bulu mata. Atau, gunakan berus maskara yang bersih, apply kat bulu mata cam guna maskara tu. Ada yang claim dapat melebatkan bulu mata, or buat nampak lebat je. Ye ke?

3. Sebagai pelembap muka, ia tidak membuat pori-pori tersumbat. Saya tak berani buat ni takut naik jerawat pulak nanti. hehe :-D Mungkin sesuai untuk kulit kering ataupun bila cuaca terlalu sejuk.

4. Sebagai make up remover.


Penjagaan Kulit

1. Merawat kekeringan kulit atau kulit yang kasar terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.

2. Melembutkan kaki dan merawat tumit kaki yang merekah. Caranya, sebelum masuk tidur, sapu petroleum jelly pada kaki dan pakai stoking untuk mengelak petroleum jelly ni mengotorkan cadar dan buatkan ia melekat pada kulit. Insya'Allah, bila bangun pagi nanti kulit kaki akan terasa lembut lan lembap.

3. Melindung luka. Sapu pada luka, ia boleh menghalang bakteria memasuki kulit. Saya tak pernah try lagi, sebab takde luka.

4. Melindungi tangan dari kekotoran ketika bekerja dengan minyak, cat dan kotoran lain. Sapu petroleum jelly ni pada tangan sebelum bekerja, ia bertindak sebagai pelindung dari kotoran ini masuk ke dalam kulit, jadi untuk membasuh tangan nanti akan jadi mudah. Dengan kata lainnya, buat senang nak cuci la... Jangan nanti nak pegang berus pun tergelincir lak berus tu. Berpada-pada lah ye...

5. Kulit bayi: menghilangkan kerengsaan akibat penggunaan diapers. Sapu sahaja pada kulit bayi sebelum dipakaikan diapers tu.


Kegunaan pada perabot dan barang lain

1. Sebagai pengilat untuk kasut kulit, atau barangan kulit lain.

2. Sebagai bahan pelincir. Jika ada skru atau engsel pintu rumah kita berbunyi, sapu sahaja petroleum jelly ni. Setel masalah. Jika penutup botol atau bekas yang susah sangat nak dibuka, boleh cuba sapu petroleum jelly ni di sekeliling penutup tu. 

3. Elak serangga naik atas meja dengan menyapu vaseline pada kaki meja. Kalau ada semut cuma naik, awal-awal dah tergelincir semut tu. Tak tercapai matlamat dia nak naik atas meja.

Untuk tujuan kesihatan

1. Demam: Sejukkan petroleum jelly di dalam peti sejuk. Kemudian sapu pada dahi. Insya'Allah, dapat membantu menurunkan suhu badan. Dalam masa yang sama, dapat melembutkan kulit juga~

2. Sakit belankang: Panaskan petroleum jelly dan gunakannya untuk menurut belakang badan yang sakit. Pastikan suhu sesuai untuk disapu pada kulit. Pandai-pandai lah ye... Takut terbakar lak kulit tu nanti. huhu..

~Saya belum test lagi untuk tujuan kesihatan ni. Dalam kepala: Yeke?

Ada lagi kegunaan lain vaseline: petroleum jelly ni. Lupa dah, kalau nak tahu lebih, rajin-rajin lah tanya pakcik Google ea... Dia kan tahu serba-serbi :-D

So, memandangkan petroleum jelly ni banyak juga kegunaannya, baik simpan satu kat rumah. Berguna juga tu nanti.... Dan jangan pula satu jar tu dicampur aduk penggunaanya - maksudnya jangan tu yang kita guna kat kulit, tu juga kita guna kat barang-barang. Ni untuk menjaga kebersihan~ :-D

Kalau ada rasa yang tak sesuai, atau kulit kita tak menerima produk ini, hentikan saja penggunaannya. Saya sekadar berkongsi info daripada apa yang saya baca dan ketahui.


No comments:

Post a Comment