Wudhu' seringkali kita ertikan sebagai membersihkan diri kita dari hadas kecil. Wudhu' menjadi syarat sah solat kita. Dengan kata lain, orang juga panggil wudhu' sebagai air sembahyang. Setiap amalan yang dituntut oleh agama itu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hikmah wudhu' ini, tetapi saya masih mahu berkongsi fadhilat-fadhilat wudhu' ni berdasarkan apa yang telah saya baca, paling tidak untuk mengingatkan diri saya sendiri.
Sebagaimana yang diketahui umum, wudhu' yang sempurna dapat menggugurkan dosa-dosa kecil. Nak berhujah ni, kena lah ada dalil yang menyokongnya :)
“Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk,
maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa
yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air
yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada
keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau
bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya
keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau
bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala
dosa.” (HR Muslim)
Subhanallah, begitu besar hikmah di sebalik wudhu' ini.
Selain itu, teringat pula pernah membaca hikmah di sebalik wudhu' ni dalam majalah. Punyalah sibuk membelek majalah satu persatu nak baca balik pasal hikmah wudhu' ni. Akhirnya terjumpalah kat dalam majalah Dara Dis2011. Nak dikongsikan, kalau menurut majalah ini, hikmah di sebalik setiap amalan dalam wudhu' tu adalah:~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERKUMUR
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara sia-sia.
MEMBASUH MUKA
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak.
BASUH TANGAN KANAN
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.
BASUH TANGAN KIRI
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.
BASUH KEPALA
Melindungi daripada terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah.
BASUH TELINGA
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan.
BASUH KAKI KANAN
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan.
BASUH KAKI KIRI
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menyedari segala kelebihan amalan berwudhu' ni, maka sempurnakanlah wudhu' kita. Lakukanlah dengan cara yang betul sebagaimana yang telah digariskan. Jangan lupa doa selepas wudhu' juga. :)
Saya juga ada membaca, adalah disarankan kita berniat dalam hati di setiap amalan atau langkah wudhu' kita. Saranan itu lebih kurang camni la:
1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan mukaku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan, " Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, janganlah Engkau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungkanlah aku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Wallahu'alam~
Sekadar perkongsian melalui beberapa bahan bacaan. Segala yang baik itu datang dari Allah, segala kekurangan itu mungkin berpunca daripada kesilapan diri ini. Mohon terguran jika ada yang salah atau silap~~~
No comments:
Post a Comment