Wednesday, 12 December 2012
Buah-buahan @ Fruits
Ini projek peribadi aku sempene 12-12-12. Melukis segala benda ni. :D Dapat juga siapkan dalam sehari. Gambar kecil-kecil nampak OK je. Tapi kalau dah besar, nampak segala cacat celanya. Almaklumlah first time buat benda camni.
Aku lukis guna tangan je. Pastu scan, vektorkan dia punya outline (kalau tak buat macam ni nampak petak-petak je garis dia cam gambar pecah pixel tu), last sekali warnakan dia. Bab mewarna ni pun payah. Tak fill penuh warna aku buat. Sebab tu nampak putih-putih je banyak.
Banyak juga benda yang aku belajar time buat ni. Banyak silap kan, tapi dapat juga cara nak mengatasinya. Ada gambar OK, ada gambar tak OK. Tu semua proses cuba jaya. Nak teropong dekat-dekat? Ni gambar satu - satu. Baru terang lagi bersuluh.
1. Epal / Apple 2. Pisang / Banana
3. Ceri / Cherry
4. Buah Naga / Dragon fruit
5. Durian
6. Anggur / Grape
7. Kiwi
8. Lemon
9. Mangga / Mango
10. Oren / Orange
11. Betik / Papaya
12. Pear
13. Nanas / Pineapple
14. Plum
15. Belimbing / Starfriut
16. Strawberi / Strawberry
17. Tembikai / Watermelon
Itu sahaja yang aku lukis. Ada buah rambutan juga sebenarnya tadi. Tapi aku tak pandai lak nak warnakannya. Hehe... So, out je lah rambutan tu. :p
Jadi, apa tujuan aku lukis semua ni tadi? Jawapannya, aku baru nak belajar melukis la (-_-)
Tambahan pula, nak kongsi clip art ni... Kalau ada yang nak guna, guna je... Aku tension la haritu cari gambar-gambar mudah macam ni, banyak yang cantik-cantik ada kat stock image - tak free. Jadi, aku nak tambah koleksi free fruits image lah kononnya. Tapi aduhh~~~ hasil tak memuaskan pula. :(
Nanti ada masa aku perbaiki lagi. Payah tak ada basic sebenarnya. kena belajar sendiri, cuba jaya. Ni lah cuba jaya yang kurang menjadi. Tapi memandangkan hasil kerja pertama, nak juga aku simpan sebagai kenangan~~~
Sunday, 18 November 2012
Draft Peta Oya
Draft Peta Oya |
Ini adalah peta yang menunjukkan bangunan-bangunan penting / umum yang terdapat Oya. Peta jalan ini saya ambil dari Nokia Maps, manakala penandaan tempat-tempat di atas adalah anggaran kedudukan yang belum disahkan tepat. Ke atas/bawah/kiri/kanan sedikit; maksudnya kedudukan dah betul tapi koordinat tu mgkin salah. Draft je kan~~~ (Klik pada gambar untuk paparan yg lagi jelas)
Sunday, 11 November 2012
CUTI DAH NI... Tapi tak dapat bercuti
Yeayy... yeayy... Cuti... Cuti... Bestnya ada cuti. Terngiang-ngiang pula ket telinga ni: Cuti-Cuti Malaysia~~~
Tapi ada banyak lak kekangan yang buat kita tak dapat nak pergi mana-mana. Takkan nak duduk rumah saja kan? Jom buat LIST apa yang kita boleh buat, supaya kita dapat merasa seperti bercuti. Cheewah~~~
❶ Rasa seperti bercuti di tempat sendiri
Tak dapat pergi jauh-jauh? Berlagak la macam pelancong kat kawasan sekitar kita tu. Paling tidak, pergi ke bandar, atau ke tempat yang belum atau jarang kita jelajah. Kampung sebelah ke. Haha.. Pakai pakaian percutian terbaik kita. Amboi.... Perasaan tu penting ehh...
❷ Makan- makan.
Berapa lama cuti ni? Seminggu? Jom makan kat tempat yang berlainan. Hari ni makan kat restoran masakan Italy (ada ke kat tempat berdekatan?). Buat rasa cam berada kat Italy. (susah pula contoh ni). Esok makan sushi, buat diri rasa cam berada kat Jepun kejap. Hehe... Lusa makan kat tepi jalan lak. Yang ni, buat rasa cam makan kat mana ek??? dan seterusnya.... Sorang-sorang takpa juga. Kalau ada kawan lagi best, wat tema camtu. Hehe :-D
❸ Manjakan diri
Boleh je DIY ni, tapi apakata kita pergi ke bandar dan beli pakej SPA yang ditawarkan. Tenangkan minda... cantikkan kulit...Takpun, pergi ke saloon, buat rambut... Or pergi wat manicure / pedicure tu. Takde la mahal sangat tu...
❹ Belajar benda baru
Nak habiskan masa cuti dengan perkara yang lebih bermanfaat? belajar je wat sesuatu yang baru. Belajar mamasak ke.. buat kek ke.. mengait ke.... melukis ke... berkuda ke... scuba ke... berenang ke... main ski ke... banyak sangat ke la pula... pendek kata, apa-apa sahaja ilmu baru yang kita minati atau lama dah teringin nak belajar. Ambik je kelas belajar yang berhampiran. Takpun, zaman teknologi sekarang ni dapat juga belajar online- samaada melalui e-book, web, video. Tanya je pakcik Google, nanti dia akan tunjukkan jalan. Mudah kan?
OK lah ni, daripada tak dapat pergi jauh-jauh untuk bercuti... Ada cadangan lain tak? Jom kongsi sikit....
Ehhh.. Pernah ke aku baca di mana-mana ni?
Ehhh.. Pernah ke aku baca di mana-mana ni?
Tuesday, 23 October 2012
Lukisan Pertama Menggunakan GIMP
Setelah memeningkan kepala sendiri belajar melukis menggunakan GIMP, inilah hasilnya...
Saya tak mampu nak beli Photoshop, GIMP pun jadi la... Lagipun GIMP ni free, open source lagi tu. :)
Si Baju Hijau |
Si Baju Biru |
Si Baju Kuning |
Si Baju Merah Jambu |
Eh, rupa sama tapi warna tak sama. Memang itu yang saya buat.
Tapi yang senget-senget tu dan tak kemas, saya tak dapat nak kawal. Noob almaklum la...
Walaupun tak comel sangat, tapi bagi saya menjadi la. Sebab lakaran saya memang camtu.
Semoga saya rajin nak tambah watak lagi
Tuesday, 25 September 2012
Vaseline: Beberapa Kegunaannya
Vaseline: Petroleum Jelly |
Siapa yang tak kenal Vaseline : Petroleum Jelly ni kan? Saya selalu gunakan produk ini sebagai lip balm- sangat baik untuk melindungi bibir dari kekeringan. Tapi lama sangat la nak habiskan satu jar tu kalau sekadar diguna sebagai pelembap bibir ni. So, saya pergi la tanya pakcik Google dan jawapan yang diberikan oleh pakcik Google agak memuaskan juga. Menurut beberapa tempat yang pakcik Google suruh saya kunjungi, petroleum jelly ni bertindak seperti lapisan yang boleh menghalang lembapan di dalam kulit keluar dan juga menghalang kotoran/bakteria di luar masuk ke dalam kulit. Berikut adalah beberapa kegunaan Petroleum Jelly yang agak menarik perhatian saya:~
Penjagaan di Muka
1. Sebagai pelembap bibir. Boleh mengelakkan bibir dari kekeringan.
2. Menyihatkan bulu mata. Gosokkan petroleum jelly pada dua jari, kemudian sapukan pada bulu mata. Atau, gunakan berus maskara yang bersih, apply kat bulu mata cam guna maskara tu. Ada yang claim dapat melebatkan bulu mata, or buat nampak lebat je. Ye ke?
3. Sebagai pelembap muka, ia tidak membuat pori-pori tersumbat. Saya tak berani buat ni takut naik jerawat pulak nanti. hehe :-D Mungkin sesuai untuk kulit kering ataupun bila cuaca terlalu sejuk.
4. Sebagai make up remover.
Penjagaan Kulit
1. Merawat kekeringan kulit atau kulit yang kasar terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.
2. Melembutkan kaki dan merawat tumit kaki yang merekah. Caranya, sebelum masuk tidur, sapu petroleum jelly pada kaki dan pakai stoking untuk mengelak petroleum jelly ni mengotorkan cadar dan buatkan ia melekat pada kulit. Insya'Allah, bila bangun pagi nanti kulit kaki akan terasa lembut lan lembap.
3. Melindung luka. Sapu pada luka, ia boleh menghalang bakteria memasuki kulit. Saya tak pernah try lagi, sebab takde luka.
4. Melindungi tangan dari kekotoran ketika bekerja dengan minyak, cat dan kotoran lain. Sapu petroleum jelly ni pada tangan sebelum bekerja, ia bertindak sebagai pelindung dari kotoran ini masuk ke dalam kulit, jadi untuk membasuh tangan nanti akan jadi mudah. Dengan kata lainnya, buat senang nak cuci la... Jangan nanti nak pegang berus pun tergelincir lak berus tu. Berpada-pada lah ye...
5. Kulit bayi: menghilangkan kerengsaan akibat penggunaan diapers. Sapu sahaja pada kulit bayi sebelum dipakaikan diapers tu.
Kegunaan pada perabot dan barang lain
1. Sebagai pengilat untuk kasut kulit, atau barangan kulit lain.
2. Sebagai bahan pelincir. Jika ada skru atau engsel pintu rumah kita berbunyi, sapu sahaja petroleum jelly ni. Setel masalah. Jika penutup botol atau bekas yang susah sangat nak dibuka, boleh cuba sapu petroleum jelly ni di sekeliling penutup tu.
3. Elak serangga naik atas meja dengan menyapu vaseline pada kaki meja. Kalau ada semut cuma naik, awal-awal dah tergelincir semut tu. Tak tercapai matlamat dia nak naik atas meja.
Untuk tujuan kesihatan
1. Demam: Sejukkan petroleum jelly di dalam peti sejuk. Kemudian sapu pada dahi. Insya'Allah, dapat membantu menurunkan suhu badan. Dalam masa yang sama, dapat melembutkan kulit juga~
2. Sakit belankang: Panaskan petroleum jelly dan gunakannya untuk menurut belakang badan yang sakit. Pastikan suhu sesuai untuk disapu pada kulit. Pandai-pandai lah ye... Takut terbakar lak kulit tu nanti. huhu..
~Saya belum test lagi untuk tujuan kesihatan ni. Dalam kepala: Yeke?
~Saya belum test lagi untuk tujuan kesihatan ni. Dalam kepala: Yeke?
Ada lagi kegunaan lain vaseline: petroleum jelly ni. Lupa dah, kalau nak tahu lebih, rajin-rajin lah tanya pakcik Google ea... Dia kan tahu serba-serbi :-D
So, memandangkan petroleum jelly ni banyak juga kegunaannya, baik simpan satu kat rumah. Berguna juga tu nanti.... Dan jangan pula satu jar tu dicampur aduk penggunaanya - maksudnya jangan tu yang kita guna kat kulit, tu juga kita guna kat barang-barang. Ni untuk menjaga kebersihan~ :-D
Kalau ada rasa yang tak sesuai, atau kulit kita tak menerima produk ini, hentikan saja penggunaannya. Saya sekadar berkongsi info daripada apa yang saya baca dan ketahui.
So, memandangkan petroleum jelly ni banyak juga kegunaannya, baik simpan satu kat rumah. Berguna juga tu nanti.... Dan jangan pula satu jar tu dicampur aduk penggunaanya - maksudnya jangan tu yang kita guna kat kulit, tu juga kita guna kat barang-barang. Ni untuk menjaga kebersihan~ :-D
Kalau ada rasa yang tak sesuai, atau kulit kita tak menerima produk ini, hentikan saja penggunaannya. Saya sekadar berkongsi info daripada apa yang saya baca dan ketahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)