Pages

Tuesday, 25 September 2012

Vaseline: Beberapa Kegunaannya

Vaseline: Petroleum Jelly


Siapa yang tak kenal Vaseline : Petroleum Jelly ni kan? Saya selalu gunakan produk ini sebagai lip balm- sangat baik untuk melindungi bibir dari kekeringan. Tapi lama sangat la nak habiskan satu jar tu kalau sekadar diguna sebagai pelembap bibir ni. So, saya pergi la tanya pakcik Google dan jawapan yang diberikan oleh pakcik Google agak memuaskan juga. Menurut beberapa tempat yang pakcik Google suruh saya kunjungi, petroleum jelly ni bertindak seperti lapisan yang boleh menghalang lembapan di dalam kulit keluar dan juga menghalang kotoran/bakteria di luar masuk ke dalam kulit. Berikut adalah beberapa kegunaan Petroleum Jelly yang agak menarik perhatian saya:~


Penjagaan di Muka

1. Sebagai pelembap bibir. Boleh mengelakkan bibir dari kekeringan.

2. Menyihatkan bulu mata. Gosokkan petroleum jelly pada dua jari, kemudian sapukan pada bulu mata. Atau, gunakan berus maskara yang bersih, apply kat bulu mata cam guna maskara tu. Ada yang claim dapat melebatkan bulu mata, or buat nampak lebat je. Ye ke?

3. Sebagai pelembap muka, ia tidak membuat pori-pori tersumbat. Saya tak berani buat ni takut naik jerawat pulak nanti. hehe :-D Mungkin sesuai untuk kulit kering ataupun bila cuaca terlalu sejuk.

4. Sebagai make up remover.


Penjagaan Kulit

1. Merawat kekeringan kulit atau kulit yang kasar terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.

2. Melembutkan kaki dan merawat tumit kaki yang merekah. Caranya, sebelum masuk tidur, sapu petroleum jelly pada kaki dan pakai stoking untuk mengelak petroleum jelly ni mengotorkan cadar dan buatkan ia melekat pada kulit. Insya'Allah, bila bangun pagi nanti kulit kaki akan terasa lembut lan lembap.

3. Melindung luka. Sapu pada luka, ia boleh menghalang bakteria memasuki kulit. Saya tak pernah try lagi, sebab takde luka.

4. Melindungi tangan dari kekotoran ketika bekerja dengan minyak, cat dan kotoran lain. Sapu petroleum jelly ni pada tangan sebelum bekerja, ia bertindak sebagai pelindung dari kotoran ini masuk ke dalam kulit, jadi untuk membasuh tangan nanti akan jadi mudah. Dengan kata lainnya, buat senang nak cuci la... Jangan nanti nak pegang berus pun tergelincir lak berus tu. Berpada-pada lah ye...

5. Kulit bayi: menghilangkan kerengsaan akibat penggunaan diapers. Sapu sahaja pada kulit bayi sebelum dipakaikan diapers tu.


Kegunaan pada perabot dan barang lain

1. Sebagai pengilat untuk kasut kulit, atau barangan kulit lain.

2. Sebagai bahan pelincir. Jika ada skru atau engsel pintu rumah kita berbunyi, sapu sahaja petroleum jelly ni. Setel masalah. Jika penutup botol atau bekas yang susah sangat nak dibuka, boleh cuba sapu petroleum jelly ni di sekeliling penutup tu. 

3. Elak serangga naik atas meja dengan menyapu vaseline pada kaki meja. Kalau ada semut cuma naik, awal-awal dah tergelincir semut tu. Tak tercapai matlamat dia nak naik atas meja.

Untuk tujuan kesihatan

1. Demam: Sejukkan petroleum jelly di dalam peti sejuk. Kemudian sapu pada dahi. Insya'Allah, dapat membantu menurunkan suhu badan. Dalam masa yang sama, dapat melembutkan kulit juga~

2. Sakit belankang: Panaskan petroleum jelly dan gunakannya untuk menurut belakang badan yang sakit. Pastikan suhu sesuai untuk disapu pada kulit. Pandai-pandai lah ye... Takut terbakar lak kulit tu nanti. huhu..

~Saya belum test lagi untuk tujuan kesihatan ni. Dalam kepala: Yeke?

Ada lagi kegunaan lain vaseline: petroleum jelly ni. Lupa dah, kalau nak tahu lebih, rajin-rajin lah tanya pakcik Google ea... Dia kan tahu serba-serbi :-D

So, memandangkan petroleum jelly ni banyak juga kegunaannya, baik simpan satu kat rumah. Berguna juga tu nanti.... Dan jangan pula satu jar tu dicampur aduk penggunaanya - maksudnya jangan tu yang kita guna kat kulit, tu juga kita guna kat barang-barang. Ni untuk menjaga kebersihan~ :-D

Kalau ada rasa yang tak sesuai, atau kulit kita tak menerima produk ini, hentikan saja penggunaannya. Saya sekadar berkongsi info daripada apa yang saya baca dan ketahui.


Sunday, 23 September 2012

HIKMAH DI SEBALIK WUDHU'

Wudhu' seringkali kita ertikan sebagai membersihkan diri kita dari hadas kecil. Wudhu' menjadi syarat sah solat kita. Dengan kata lain, orang juga panggil wudhu' sebagai air sembahyang. Setiap amalan yang dituntut oleh agama itu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hikmah wudhu' ini, tetapi saya masih mahu berkongsi fadhilat-fadhilat wudhu' ni berdasarkan apa yang telah saya baca, paling tidak untuk mengingatkan diri saya sendiri.

Sebagaimana yang diketahui umum, wudhu' yang sempurna dapat menggugurkan dosa-dosa kecil. Nak berhujah ni, kena lah ada dalil yang menyokongnya :)


“Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.” (HR Muslim) 


Subhanallah, begitu besar hikmah di sebalik wudhu' ini. 

Selain itu, teringat pula pernah membaca hikmah di sebalik wudhu' ni dalam majalah. Punyalah sibuk membelek majalah satu persatu nak baca balik pasal hikmah wudhu' ni. Akhirnya terjumpalah kat dalam majalah Dara Dis2011. Nak dikongsikan, kalau menurut majalah ini, hikmah di sebalik setiap amalan dalam wudhu' tu adalah:~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BERKUMUR
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara sia-sia.

MEMBASUH MUKA
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak.

BASUH TANGAN KANAN
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.

BASUH TANGAN KIRI
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.

BASUH KEPALA
Melindungi daripada terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah.

BASUH TELINGA
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan.

BASUH KAKI KANAN
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan.

BASUH KAKI KIRI
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Menyedari segala kelebihan amalan berwudhu' ni, maka sempurnakanlah wudhu' kita. Lakukanlah dengan cara yang betul sebagaimana yang telah digariskan. Jangan lupa doa selepas wudhu' juga. :)

Saya juga ada membaca, adalah disarankan kita berniat dalam hati di setiap amalan atau langkah wudhu' kita. Saranan itu lebih kurang camni la:

1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan mukaku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan, " Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, janganlah Engkau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungkanlah aku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Wallahu'alam~


Sekadar perkongsian melalui beberapa bahan bacaan. Segala yang baik itu datang dari Allah, segala kekurangan itu mungkin berpunca daripada kesilapan diri ini. Mohon terguran jika ada yang salah atau silap~~~

Thursday, 20 September 2012

Newbie: Welcoming Myself

Salam....

Mula berjinak-jinak dengan dunia blogging. Harap bukan kerja setengah jalan sahaja. Tujuannya hanyalah ingin mengisi masa lapang dan berkongsi apa yang tersirat, tersurat, atau info-info yang diminati - bukan bergosip ya... saya tak suka gosip-gosip ni.

Saya belek-belek blog orang, bak kata orang blog walking la lebih kurangnya... Seronok juga kadang-kadang (kadang-kadang je) bila baca apa yang orang tulis. Alamak, kantoi la pula suka belek blog orang. @__@. Macam-macam orang tulis, dan kebanyakan yang saya baca adalah tentang perkongsian ilmu. Bagus tol dorang ni. Ada juga yang kaki gosip isu-isu semasa, hiburan dan perkara-perkara yang difikirkan pelik or menakjubkan. Senang kata, banyak la...

Blog saya ni pula? Pasal apa ya... Rasanya tempat saya membebel sorang-sorang. Nak buat blog ni private cam diary (patut wat tajuk: Dear Diary...) tak reti la pula. Apa pun harap semuanya baik-baik sahaja. Sekurang-kurangnya nak practise penulisan ni. Lama sangat dah meninggalkan alam persekolahan. Nak sambung memeningkan kepala membuat karangan dan mencari isi penting - tapi dengan cara yang lebih santai la. Hehe.. Blog ni takde smiley la pula. Takpa la. Slow-slow orang kata.

Ok, first post membebel seorang diri. untuk diri sendiri juga. Tak apa la.

Good Luck for myself!!!