Assalamualaikum~ ❤
Pesta Kaul Mukah 2013 diadakan bermula 24 – 28 April 2013 di
Pantai Kala Dana, Mukah dengan membawa tema ‘Tiada Seuniknya’. Pasta Kaul
merupakan acara tahunan terbesar masyarakat Melanau, menandakan berakhirnya
musim tengkujuh. Asal-usul Kaul? Pakcik Google banyak jawapannya~ hehehe
Seperti biasa, jika ada kesempatan, saya pasti akan
bersama-sama menyibukkan diri untuk memeriahkan Pesta Kaul ini. Banyak pameran
warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau diadakan pada kali ini. Saya paling
suka masuk ke ruang Expo Warisan Melanau, sebab di dalam sana ruang berhawa
dingin, di luar pula panas terik lagi berpeluh sehinggakan saya dapat
cenderamata berupa ‘sunburn’ balik dari sana. :'(
Antara warna-warni Pesta Kaul Mukah yang saya tak malu tak
segan nak rakam….
1. Serahang (Melanau: Seraheng)
|
Serahang |
Gambar diambil di Expo Warisan Melanau, dapat
keychain tau
time tu. TQ. Serahang merupakan 'kepala hantaran' kepada 'ipok', yang dahulunya bertujuan untuk memujuk 'ipok' agar tidak mengganggu mereka mencari rezeki. Saya tidak terserempak pula dengan perarakan serahang ni. Salah
timing datang. Hehe...
2. Tibow
|
Permainan Tibow |
Tibow merupakan permainan tradisional masyarakat Melanau, dibina daripada bahan-bahan dari hutan tanpa menggunakan paku. Nampak macam buaian gergasi, seorang demi seorang melompat dari tangga untuk berpaut pada buaian tu.
Waktu saya jenguk tapak tibow ni, budak-budak je main. Cuaca dah la panas terik, lagipun orang ramai banyak berada di pentas utama menunggu ketibaan tetamu kehormat. Sekali snap je. Dalam hati saya kira berapa orang yang dapat berpaut, 6 orang saja yang dapat sebelum ada yang mengalah melompat turun ke tanah.
3. Pameran Adat Pertunangan dan Perkahwinan
|
Demonstrasi Adat Pertunangan |
Kalau tak silap telinga saya mendengar, demonstrasi adat pertunangan dan perkahwinan ini merupakan untuk bangsa 9-pikul dalam hierarki masyarakat Melanau. Saya tak pernah lihat, nak tengok demonstrasi ni pun tak sempat. Gambar di atas menunjukkan mereka masih lagi bersedia nak memulakan demonstrasi, tapi menunggu pesta kaul dirasmikan dahulu. Huhu...
4. Pameran Perubatan Tradisional
|
Pameran Perubatan Tradisional : Belum |
Saya lalu-lalu je tau! Tapi berhenti juga untuk menonton video orang 'berbayuh' mengubat pesakit. Gambar di atas dinamakan 'BELUM'. Mengikut pemahaman saya yang tak seberapa ini, 'Belum' diukir dari batang rumbia-rupanya menunjukkan ciri-ciri penyakit yang dihidapai pesakit untuk diubati. Kalau sakit perut, rupa belum akan pegang perut tengah sakit. Lebih kurang begitu......
5. Pameran Warisan Perikanan
|
Warisan Perikanan |
Segala jenis pukat, jala dan alat-alat lain yang digunakan untuk memperoleh hasil laut ada dipamerkan di sini. Replika kapal tu, kalau dihias kat rumah cantik juga. Hehe.. Untuk pameran, bukan untuk dijual, ok. :D
6. Pameran Warisan Rumbia
|
memarut rumbia |
|
Banyak stage nak hasilkan 'sei' dari rumbia |
|
'SEI' yang dihasilkan |
|
'masak' sagu di belanga |
|
sagu - hasil akhir |
Amboi, banyak sangat proses dia. Kalau nak buat kajian cara menghasilkan sagu dari rumbia, bagus sangat la tengok demonstrasi ni. Life tau! Kat tempat pameran ni, entah berapa banyak kali lalu... :D
7. Pameran Pakaian Tradisional
|
Pakaian tradisional |
Ada bonus gambar peserta 'Teluwaih Jinih' berambis kat situ. Hehehe...
8. Persembahan Permainan Layang-Layang
|
Layang-layang |
Dekat sini la saya mendapat cenderamata 'sunburn' tu. Teman adik saya tengok layang-layang spongebob dan ikan oren tu dinaikkan. Layang-layang yang lain tak tengok dah sebab panas terik. Lama juga spongebob dan ikan oren tu
struggle nak terbang di awan, Gambar atas tu pun masih lagi belum terbang tinggi, naik sejengkal je saya ukur dari tempat duduk kat tembok masa tu. :)
9.Car & Bike Meet
|
Car Meet 2013 |
Salah timing lagi tengok Car and Bike Meet ni. Waktu saya sampai tempat ni, kereta-kereta baru je nak melapor diri dan mengambil tempat masing-masing. Saya malas nak tunggu, so snap 1,2,3 then terus pergi tempat lain pula.
10. Gerai Komuniti - Puyan Telou
Rasanya, setiap kampung ada buka gerai komuniti kat sini. Suka je tengok gerai-gerai komuniti ni dihias cantik, menyerlahkan seni kraftangan dan anyaman tradisional. Majoriti jika kita masuk dalam gerai ni, ada dijual produk-produk keluaran tempatan terutamanya produk dari kampung tersebut. Banyak kategori makanan, ada juga yang jual hasil tangan.