Thursday, 31 January 2013
Kiri dan Kanan dari Mukah ke Oya~~~
Suatu hari, perangai pelik tempat ke-10 muncul. Sempat juga ambik mana-mana gambar di sepanjang perjalanan guna kamera handphone aku yang kokak ni. Kiri-kanan jalan dari Mukah ke Oya, bukannya hutan/semak/ladang sahaja. Bila dekat dengan jambatan, ada la perkampungannya. :) Start ambik gambar dah separuh dah perjalanan. Ermmm... Lambat nak terfikir benda ni sebenarnya. Jom tengok-tengok apa yang sempat diabadikan handphone saya ni~~~
1. Rumah / Hotel Burung :p
~Beberapa buah rumah burung, tempat burung walit membuat sarang dapat dilihat sepanjang perjalanan. Perusahaan ini masih baru lagi bertapak kat sekitar sini.
2. Sekolah Rendah
~ Ni je sempat ambik gambar sekolah rendah dari jalan raya
3. Sempadan Daerah
4. Balau oh balau~ a.k.a rumbia
5. Pondok-pondok
~ Kalau hari hujan, ramai je yang tumpang berteduh kalau perhentian bas tu agak jauh. Ada musim tu, kelihatan orang berjual buah.
6. Rumah hantu
~ Ni bukan rumah hantu, tapi tetap macam rumah hantu bila saya tengok. kui3 :p
7. Jambatan- ada apa di sungai tu~
p/s: ada gambar sesat lak. jalan belang-belang kuning... depan tu ada jambatan, betul-betul sebelum jambatan ada simpang empat. Bahaya tempat ni. banyak berlaku kemalangan. hurmmm
8. Pantai nun jauh di sana
~ dari kejauhan nampak juga pantainya. Kalau ikut jalan lama dulu, memang dah betul-betul tepi pantai. Baru nampak juga banyak rumah-rumah. Bila hutan kecil ni dibuka, baru nampak apa yang ada di sebalik. Hehe :D
p/s: alamak, tak nampak la pula~ menipu ke saya jap tadi? adoi~~~
9. Hutan Sekunder
10. Jalan Masuk ke ladang.
~Dalam banyak-banyak yang ada, satu ni je yang sempat kamera saya snap.
11. Dah Nak Sampai Oya
~ Mula-mula, mesti la nampak sign board, then bercabang dua pula jalan tu. Kalau terus/ ikut yang kanan akan lalu Kampung Hilir, kalau pasang signal dan masuk jalan di kiri, akan lalu sekolah. Guna jari pilih jalan : kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan! Ok ambik kanan~~~
12. Ok, sampai dah
~Dah masuk kampung... but, where is my house? Jauh lagi la.... dan malu dah nak ambik gambar lagi bila dah masuk kampung. Kalau ada orang nampak, dia mungkin fikir 'giler ke ape dak tu?'.. Oh, no no no no.... Tutup kamera!
Lepas upload, nampak pula gambar ni senget. Adoi~~~ Saya ke kamera yang senget? Ataupan pandangan mata ni da tak betul? hish... Cakap je la amatur ambik memang macam tu... (-_-)
Ermm.. ermm.. ermmm... nak merepek apa lagi ea... Sepanjang lebih kurang 30 minit perjalanan, 30 minit juga panjang enti ni (masa manulis maksudku). huhu...
Wassalam~
Wednesday, 30 January 2013
Bila noob ingin melukis...
Just nak share lukisan haiwan yang saya lukis tahun lepas, 2012. Diimbas dengan format black & white 300dpi sampai tak nampak dah ciri-ciri lukisan guna pensel. Salah fikir ni. Patutnya guna pen untuk dapatkan garisan yang solid kononnya lah supaya dapat saya nak teruskan dengan benda saya nak buat. tapi takpa, go on je~~~
p/s: Lukisan ni saya tiru rujuk dalam buku... kalau nak harapkan model sebenar, jauh panggang dari api rupanya nanti. Hohohoho :O
Hohohoho... Itu Si Ayam (ommelanau panggil Siaw). Yang bawah ni pulak kucing (ommelanau panggil Sieng, bukan Ngau), cat bah omputeh cakap. Huhuhu...
Okay, dua tu je... Naktiru
rujuk pun masih senget-senget lagi. Sebelum lukisan ni terpelanting
sana-sini atau lebih parahnya terbuang dalam tong kitar semula, saya
abadikan si ayam dan si kucing ni dalam blog peribadi saya ni. Cheewahh~ :p Lagipun,
dah malas dah nak melukis a.k.a menconteng kertas-kertas berharga yang
aku beli kat stationary kat bandar tu. Berharga konon.... Macam la mahal sangat, tapi memang ada harga pun. Bukannya free!!!
p/s: Lukisan ni saya
Ayam @ Hen |
Kucing @ Cat |
Okay, dua tu je... Nak
Saturday, 26 January 2013
TEPUDANG
Just nak share gambar tepudang. Apa itu tepudang? Saya pun tak tahu. Kui3...
Nak ambik tepudang ni ada musimnya, dan buat masa sekarang musimnya dah berlalu...
Hehe... Ni sanak saudara dan kaum kerabat udang-udang sekalian ni. Rasa pun macam udang. Saiz pun saiz udang. Masalahnya, saya tak tahu la full name hidupan ni. Nick name orang kita panggil pun saya tak tahu. Cuma tahu nama timangan orang tempatan panggil je - tepudang.
First time saya makan tepudang ni digoreng. Nak describe rasa tu, saya rasa cam makan kulit udang je. Rasa isi kalah ngan rasa kulit. LOL :D
Tapi saya sempat ambil gambar umai tipow udeang yang makcik a.k.a jiran saya bagi. Main snap snap snap je, tapi tak makan pun. Hohoho :O
Itu je lah alkesah dari pictures ini semua, yang saya sendiri kurang pengetahuan tentangnya. :P Umai ooo Umai~~~~
Nak ambik tepudang ni ada musimnya, dan buat masa sekarang musimnya dah berlalu...
Hehe... Ni sanak saudara dan kaum kerabat udang-udang sekalian ni. Rasa pun macam udang. Saiz pun saiz udang. Masalahnya, saya tak tahu la full name hidupan ni. Nick name orang kita panggil pun saya tak tahu. Cuma tahu nama timangan orang tempatan panggil je - tepudang.
First time saya makan tepudang ni digoreng. Nak describe rasa tu, saya rasa cam makan kulit udang je. Rasa isi kalah ngan rasa kulit. LOL :D
Tapi saya sempat ambil gambar umai tipow udeang yang makcik a.k.a jiran saya bagi. Main snap snap snap je, tapi tak makan pun. Hohoho :O
Umai tepudang |
Wednesday, 9 January 2013
Ini Buah Apa?
Okay... Ini entri merepek saya. Kenapa merepek? Sebab, saya tengah testing je bagaimana lah rupa entri yg di post melalui email ni. Gambar buah yang saya attach ni ntah kat mana ia akan muncul? Yang pastinya kat blog ni.
Hurm... Cukup lah dengan kemerepekan itu tadi. Berbalik kepada gambar buah ini, sekali pandang,ingatkan buah ceri... Amboi,macam lah ceri sebesar itu. Tapi tak terlintas pun keinginan nak makannya,cukuplah sekadar buat hiasan kat atas meja sebelum meranum.. Meranum? Bahasa mana pula ni... Merepek je.
Ciri-ciri buah itu, kulitnya tebal,isinya putih. Biji ada satu sahaja. Ala2 buah manggis seulas. Haha :D Rasanya, unknown... Macam rasa buah. Motif saya ambil gambar buah ni, sebagai kenangan di hari tua. Kui3..
Ok, harus stop merepek. Sebelum saya send email ni ke blogger, saya membayangkan gambar ni di atas sekali walaupun hajat di hati nak letak gambar buah ni di tengah. Tak sabar pula nak buka entri ni kat lappy esok,sebab sekarang guna fon yang tak secanggih mana pun. Page dashboard blogger tak support kononnya... Kononnya lah...

Subscribe to:
Posts (Atom)