Pages

Monday, 29 April 2013

JALAN-JALAN PESTA KAUL MUKAH 2013

Assalamualaikum~ ❤

Pesta Kaul Mukah 2013 diadakan bermula 24 – 28 April 2013 di Pantai Kala Dana, Mukah dengan membawa tema ‘Tiada Seuniknya’. Pasta Kaul merupakan acara tahunan terbesar masyarakat Melanau, menandakan berakhirnya musim tengkujuh. Asal-usul Kaul? Pakcik Google banyak jawapannya~ hehehe

Seperti biasa, jika ada kesempatan, saya pasti akan bersama-sama menyibukkan diri untuk memeriahkan Pesta Kaul ini. Banyak pameran warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau diadakan pada kali ini. Saya paling suka masuk ke ruang Expo Warisan Melanau, sebab di dalam sana ruang berhawa dingin, di luar pula panas terik lagi berpeluh sehinggakan saya dapat cenderamata berupa ‘sunburn’ balik dari sana. :'(

Antara warna-warni Pesta Kaul Mukah yang saya tak malu tak segan nak rakam….

1. Serahang (Melanau: Seraheng)

Serahang
Gambar diambil di Expo Warisan Melanau, dapat keychain tau time tu. TQ. Serahang merupakan 'kepala hantaran' kepada 'ipok', yang dahulunya bertujuan untuk memujuk 'ipok' agar tidak mengganggu mereka mencari rezeki. Saya tidak terserempak pula dengan perarakan serahang ni. Salah timing datang. Hehe...

2. Tibow

Permainan Tibow

Tibow merupakan permainan tradisional masyarakat Melanau, dibina daripada bahan-bahan dari hutan tanpa menggunakan paku. Nampak macam buaian gergasi, seorang demi seorang melompat dari tangga untuk berpaut pada buaian tu.

Waktu saya jenguk tapak tibow ni, budak-budak je main. Cuaca dah la panas terik, lagipun orang ramai banyak berada di pentas utama menunggu ketibaan tetamu kehormat. Sekali snap je. Dalam hati saya kira berapa orang yang dapat berpaut, 6 orang saja yang dapat sebelum ada yang mengalah melompat turun ke tanah.

3. Pameran Adat Pertunangan dan Perkahwinan

Demonstrasi Adat Pertunangan


Kalau tak silap telinga saya mendengar, demonstrasi adat pertunangan dan perkahwinan ini merupakan untuk bangsa 9-pikul dalam hierarki masyarakat Melanau. Saya tak pernah lihat, nak tengok demonstrasi ni pun tak sempat. Gambar di atas menunjukkan mereka masih lagi bersedia nak memulakan demonstrasi, tapi menunggu pesta kaul dirasmikan dahulu. Huhu...

4. Pameran Perubatan Tradisional

Pameran Perubatan Tradisional : Belum
Saya lalu-lalu je tau! Tapi berhenti juga untuk menonton video orang 'berbayuh' mengubat pesakit. Gambar di atas dinamakan 'BELUM'. Mengikut pemahaman saya yang tak seberapa ini, 'Belum' diukir dari batang rumbia-rupanya menunjukkan ciri-ciri penyakit yang dihidapai pesakit untuk diubati. Kalau sakit perut, rupa belum akan pegang perut tengah sakit. Lebih kurang begitu......

5. Pameran Warisan Perikanan

Warisan Perikanan
Segala jenis pukat, jala dan alat-alat lain yang digunakan untuk memperoleh hasil laut ada dipamerkan di sini. Replika kapal tu, kalau dihias kat rumah cantik juga. Hehe.. Untuk pameran, bukan untuk dijual, ok. :D

6. Pameran Warisan Rumbia

memarut rumbia
Banyak stage nak hasilkan 'sei' dari rumbia
'SEI' yang dihasilkan
'masak' sagu di belanga
sagu - hasil akhir
Amboi, banyak sangat proses dia. Kalau nak buat kajian cara menghasilkan sagu dari rumbia, bagus sangat la tengok demonstrasi ni. Life tau! Kat tempat pameran ni, entah berapa banyak kali lalu... :D
7. Pameran Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional
 Ada bonus gambar peserta 'Teluwaih Jinih' berambis kat situ. Hehehe...

8. Persembahan Permainan Layang-Layang

Layang-layang

Dekat sini la saya mendapat cenderamata 'sunburn' tu. Teman adik saya tengok layang-layang spongebob dan ikan oren tu dinaikkan. Layang-layang yang lain tak tengok dah sebab panas terik. Lama juga spongebob dan ikan oren tu struggle nak terbang di awan, Gambar atas tu pun masih lagi belum terbang tinggi, naik sejengkal je saya ukur dari tempat duduk kat tembok masa tu. :)

9.Car & Bike Meet
Car Meet 2013

Salah timing lagi tengok Car and Bike Meet ni. Waktu saya sampai tempat ni, kereta-kereta baru je nak melapor diri dan mengambil tempat masing-masing. Saya malas nak tunggu, so snap 1,2,3 then terus pergi tempat lain pula.

10. Gerai Komuniti - Puyan Telou

Rasanya, setiap kampung ada buka gerai komuniti kat sini. Suka je tengok gerai-gerai komuniti ni dihias cantik, menyerlahkan seni kraftangan dan anyaman tradisional. Majoriti jika kita masuk dalam gerai ni, ada dijual produk-produk keluaran tempatan terutamanya produk dari kampung tersebut. Banyak kategori makanan, ada juga yang jual hasil tangan.


Wednesday, 3 April 2013

Pasti ada hikmah

Assalamualaikum... ♥

Just nak share satu qoute, penuh makna ni. Hehe.. Lama dah save dalam notepad, kalau saya x rajin nak menyelongkar dokumen lama yang dibaling sana sini je, memang tak akan terjumpa quote ni. Huhuhu...

I asked for Strength ……. And God gave me difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom…….. And God gave me problems to solve.
I asked for Prosperity….. And God gave me a brain and brawn to work.
I asked for Courage…….. And God gave me obstacles to overcome.
I asked for Love ……….. And God gave me troubled people to help.
I asked for Favors……..... And God gave me opportunities.

“I received nothing that I wanted….. But everything that I needed.”

Live life without fear, confront all obstacles and know you can overcome them.

Renung-renungkan lah.

(Tiba-tiba malas nak buat ulasan. Ada masa nanti update).

Sebelum tu, layan dulu lagu ni, Hikmah. Gerenti best lagu ni. :)




Good day,
Nourie Zeyha ♥